Sunday, 6 November 2016

"House warming" Rumah Sahabat

#TheTerungs tak pernah putus dengan jemputan ke acara majlis rasmi dan tak rasmi daripada 'peminat' haha. Hari Ahad biasanya hari theterungs sarapan bersama dan berehat. Jadi untuk memenuhi undangan peminat, hari Ahad 6 November, kami ke rumah sahabat kami Daddy Shafreen, seorang "wedding planner". Dia jemput teman rapat ke house-warming. Semua hidangan sedap! Terima kasih daddy! Sambil makan, berborak, bergosip dan membahan, kami sempat tonton Gegarvaganza musim ke 3 di sana. Meratap pilu tengok Elly Mazlein mengundurkan diri dari rancangan tersebut walaupun mula-mula agak "suspen".


NOTA: Seperti kebiasaan, gambar lain dan video akan di upload ke youtube, dan instargram. Jadi jangan lupa FOLLOW kami. di @TheTerungs okay! Kalau ada soalan, boleh ping ping pong kami kat Instagram TheTerungs