KENALI KAMI



Kami merupakan 3 sahabat karib dan selebriti sosial media. Kami menggelarkan hubungan kami sebagai The Terungs.

KIFLI MALLY (KM)

Lebih dikenali sebagai Tasya Gomez dikalangan pengikut video 15 saat di Instagram. Beliau telah menjadi model video komersial McDonald. Telah mengisi ruang majalah Remaja siri Disember 2015. Kuat bekerja dan mencari duit demi menampung kehidupan dan 2 ekor anak kucing jenis Somali bernama Kyuubi dan Jacob. Paling banyak peminat di antara The Terungs dan sentiasa mempunyai idea bangang untuk membuat video. Pernah menyertai diet atkins, tetapi hanya untuk satu hari.


ADYBA JEE (AJ)

Pernah di kenali sebagai Anjalna di dalam video pendek The Terungs di YouTube. Beliau telah menjadi pelakon tambahan di dalam video muzik "Titipan Banduan Muda - Shazzwan ft Mal". Seorang yang agak tegas dan merupakan kakak tiri kepada Kifli Mally & Helmi Mohammed. Pandai menjahit dan membuat kek. Salah satu azam tahun 2016 bersama The Terungs adalah untuk menjahit baju korporat The Terungs yang keparat. Pernah mempunyai seekor kucing Somali bernama Eva.


HELMI MOHAMMED (HM)

Nama panggilan manja Zuzu. Merupakan watak penting di dalam The Terungs dan menjadi orang penting untuk menceriakan suasana dan juga menjadi mangsa keadaan untuk mengisi masa lapang Adyba Jee dan Kifli Mally. Beliau mempunyai koleksi clutch, kasut dan minyak wangi yang berjenama. Yang paling kuat belanja antara kami bertiga tanpa perlu bekerja. Kata hikmah paling win beliau, "Hidup adalah pilihan masing-masing". hampeh! Mempunyai seekor arnab bertelinga capek.

Persamaan kami bertiga adalah, kami pencinta haiwan mamalia, berbulu seperti arnab dan kucing. Kami pencinta iPhone sejati. iPhone hilang dan rosak pun dah separuh mati. Kami suka menghadiri acara / event dan juga menonton filem. Hujung minggu di manfaatkan untuk menghabiskan masa, duit dan mencuci mata. Kami peramah. Jangan segan tegur kami. Kalau nak ambil gambar, boleh. Tapi kena hashtag #TheTerungs :) Kami manusia biasa yang selalu tergoda dengan dugaan dunia.