Sunday 16 October 2016

Jelajah Kuala Selangor (Bahagian 1)

Perjalanan ke Kuala Selangor mengambil masa lebih kurang 40 minit mengikt kata 'Waze'. TIdak sabar melihat keindahan ciptaan Ilahi dan mengambil 'shot' terbaik dari sana untuk di bawa pulang sebagai kenangan.

Sebelum ke sana, kami telah mencari sedikit maklumat tentang Pantai Sasaran. Namun tidak banyak yang membantu dan tidak lengkap. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, kami perlu berada di Jeti Sasaran sebaiknya 9.30 pagi kearna bot akan berlepas pada 9.45 pagi. Tiada nombor telefon yang kami perolehi untuk maklumat selanjutnya.

Tanpa membuang masa yang "terlalu" lapang pada hujung minggu, kami bergerak ke Kuala Selangor, lebih kurang 8.15 pagi dan sampai di Kuala Selangor lebih kurang pukul 9.30 pagi. Tetapi malangnya.............................................. Kami terlepas menaiki bot ke sana. Jadi kami teruskan jelajah ke Taman Malawati, Kuala Selangor.

Lokasi pertama adalah Taman Alam. Yuran masuk adalah 5 ringgit untuk seorang dewasa. Kami dibekalkan dengan peta perjalanan di dalam taman. Jika anda hendak ke sana, sila bawa "mosquito repellent" sebab banyak nyamuk. Dalam pakai seluar panjang dan baju berlengan panjang. Sinca kami memang dah melawa dan berwarna warni untuk tujuan asal, kami terpaksa redah! Pemandangan sangat cantik. Kalau anda ke Taman Alam, anda akan jumpa banyak 'spot' penggambaran. Sangat cantik!!! (Gambar di dalam Instagram kami).


NOTA KAKI: Seperti kebiasaan, gambar lain dan video akan di upload ke youtube, dan instargram. Jadi jangan lupa FOLLOW kami. di @TheTerungs okay! Kalau ada soalan, boleh ping ping pong kami kat Instagram TheTerungs

No comments:

Post a Comment