Saturday 12 November 2016

Bangsawan Jelitawan dan Lelaki Haiwan @ Auditorium DBKL

Hai semua! #TheTerung dapat jemputan menonton teater Jelitawan Bangsawan dan Lelaki Haiwan di Dewan Auditoriam DBKL pada 11 November 2016.

Bagaimanapun, Tasya Gomez aka Kifli Mally tak dapat penuhi jemputan skerana perlu menghadiri makan malam syarikat dia bekerja. Jadi Adyba Jee dan Helmi Matte pergi menonton teater dengan Kak Paris Ashikin dan Aizat Malek.


"Siri Semarak Bangsawan kembali lagi dengan Bangsawan 'Jelitawan & Lelaki Haiwan' yg akan menemui anda pada 11 hingga 13 nov 2016.. Sebuah karya adaptasi dari cerita rakyat Perancis 'La Belle Et La Beta' oleh Jeanne Marie Leprince De Beaumont. Bangsawan dgn skrip dan arahan Rosnan Nordin. tiket boleh ditempah melalui talian telefon 03-26148262. Tempahlah sekarang sebelum kehabisan! ", Petikan dari laman web JKKN (Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara)


NOTA KAKI: Seperti kebiasaan, gambar lain dan video akan di upload ke youtube, dan instargram. Jadi jangan lupa FOLLOW kami. di @TheTerungs okay! Kalau ada soalan, boleh ping ping pong kami kat Instagram TheTerungs

Sunday 6 November 2016

"House warming" Rumah Sahabat

#TheTerungs tak pernah putus dengan jemputan ke acara majlis rasmi dan tak rasmi daripada 'peminat' haha. Hari Ahad biasanya hari theterungs sarapan bersama dan berehat. Jadi untuk memenuhi undangan peminat, hari Ahad 6 November, kami ke rumah sahabat kami Daddy Shafreen, seorang "wedding planner". Dia jemput teman rapat ke house-warming. Semua hidangan sedap! Terima kasih daddy! Sambil makan, berborak, bergosip dan membahan, kami sempat tonton Gegarvaganza musim ke 3 di sana. Meratap pilu tengok Elly Mazlein mengundurkan diri dari rancangan tersebut walaupun mula-mula agak "suspen".


NOTA: Seperti kebiasaan, gambar lain dan video akan di upload ke youtube, dan instargram. Jadi jangan lupa FOLLOW kami. di @TheTerungs okay! Kalau ada soalan, boleh ping ping pong kami kat Instagram TheTerungs

Sunday 16 October 2016

Jelajah Kuala Selangor (Bahagian 1)

Perjalanan ke Kuala Selangor mengambil masa lebih kurang 40 minit mengikt kata 'Waze'. TIdak sabar melihat keindahan ciptaan Ilahi dan mengambil 'shot' terbaik dari sana untuk di bawa pulang sebagai kenangan.

Sebelum ke sana, kami telah mencari sedikit maklumat tentang Pantai Sasaran. Namun tidak banyak yang membantu dan tidak lengkap. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, kami perlu berada di Jeti Sasaran sebaiknya 9.30 pagi kearna bot akan berlepas pada 9.45 pagi. Tiada nombor telefon yang kami perolehi untuk maklumat selanjutnya.

Tanpa membuang masa yang "terlalu" lapang pada hujung minggu, kami bergerak ke Kuala Selangor, lebih kurang 8.15 pagi dan sampai di Kuala Selangor lebih kurang pukul 9.30 pagi. Tetapi malangnya.............................................. Kami terlepas menaiki bot ke sana. Jadi kami teruskan jelajah ke Taman Malawati, Kuala Selangor.

Lokasi pertama adalah Taman Alam. Yuran masuk adalah 5 ringgit untuk seorang dewasa. Kami dibekalkan dengan peta perjalanan di dalam taman. Jika anda hendak ke sana, sila bawa "mosquito repellent" sebab banyak nyamuk. Dalam pakai seluar panjang dan baju berlengan panjang. Sinca kami memang dah melawa dan berwarna warni untuk tujuan asal, kami terpaksa redah! Pemandangan sangat cantik. Kalau anda ke Taman Alam, anda akan jumpa banyak 'spot' penggambaran. Sangat cantik!!! (Gambar di dalam Instagram kami).


NOTA KAKI: Seperti kebiasaan, gambar lain dan video akan di upload ke youtube, dan instargram. Jadi jangan lupa FOLLOW kami. di @TheTerungs okay! Kalau ada soalan, boleh ping ping pong kami kat Instagram TheTerungs

Thursday 10 December 2015

TIPS: Temuduga Dengan Bank Negara Malaysia (BNM)

      Hi semua! Kali ni giliran HM pula update post. HM nak kongsi pengalaman pergi temuduga di BNM pagi tadi untuk jawatan Human Resource Officer yang HM applied di Jobstreet 2 minggu lepas. HM agak terkejut sebab applicant yang applied terlalu ramai untuk jawatan tu, lebih kurang 1000++ tapi HM antara 10 orang yang disenarai pendek. Seriously macam tak percaya yg HM dapat interview dengan BNM. *Bertuahnya aku!*

            Awal pagi lagi lebih kurang pukul 9.00 HM dah terpacak depan Sasana Kijang which is bangunan baru di bawah seliann BNM. Ia merupakan tempat latihan untuk pegawai BNM. Tempat ini sangat cantik. Pejabat diorang memang tiptop. Sampai saja HM kat sana, terus pergi kaunter pendaftaran di lobi bangunan. Sebenarnya, ada 3 orang lagi calon yang datang untuk temuduga sama sesi dengan HM hari ni. Semua ada pengalaman dan tiptop.

           Interview kali ni ada 2 peringkat. Peringkat pertama adalah skill assessment. Soalan yang HM dapat ialah 'Credit card is more to a trend than need. Discuss'. lebih kurang macam tu la. Panjang karangan pula hendaklah 150 patah perkataan. HM tulis apa yang ingat sajo. Haha! sebab tak prepare pula untuk assessment macam ni.

            Peringkat seterusnya pula adalah temuduga face to face oleh 3 orang panel dari BNM. Macam-macam soalan diorang. Tanya pasal career goal, pengalaman kerja terakhir, cabaran dalam hidup dan banyak lagi. HM jawab yang termampu sajo. Haha! Kalau tak silap, sesi interview tu abis dalam pukul 11 pagi. Sesi temuduga macam mudah tapi susah juga nak agak sebenarnya. HM hanya redha dan serahkan pada Allah S.W.T. Dia yang tahu mana yang baik & buruk untuk HM.HM hanya buat yang terbaik dan termampu.
Sekian..

sajo = saja 
tiptop = hebat
applied = mohon
prepare  = sedia
face to face = bersemuka / berhadapan
career goal = matlamat kerjaya
skill assessment = penilaian kemahiran

Wednesday 9 December 2015

TEROBEK: Parody Pencarian Host 3R

Mungkin anda semua masih ingat video "Parody Pencarian Host 3R" kami beberapa tahun lalu, mungkin juga anda tak pernah tau kewijudan video ini. Hari ni, AJ nak flash back sikit. Kalau suka, boleh vote banyak-banyak. Nanti kita boleh buat video lagi :D

 

Sebenarnya, AJ tak tau lah bila KM dan HM ni nak take turn update blog. Macam ni lah kalau bekerja dengan selebriti yang tak berapa terkenal tapi berlagak diva. Haha. Nak glamour tapi malas nak kerja. Bak kata HM "Hidup pilihan masing-masing". Sekian.

Tuesday 8 December 2015

MISI: Main Kutu / Duit Kutu

The Terungs ada misi hujung tahun + tahun baru. Tapi AJ tak pastilah bila nak mula misi Main "Kutu" ni. Ini idea gempak KM. Tapi dapat gaji, haram sunyi sepi. haha. 

Duit Kutu / Main Kutu ni sebenarnya salah satu cara untuk saving untuk kaki shopping dan kuat belanja macam kami. 


Peraturan main kutu:

1. Kumpul ahli yang nak main kutu
2. Tetapkan jumlah duit yang anda nak labur dan mampu bayar setiap bulan
3. Untuk menampakkan permainan ni adail, kena undi. Undi untuk tentukan siapa yang akan dapat duit dulu atau kemudian
4. Seorang ahli kena jadi pengiris bedar simpan duit tu, Jangan dia pegi belanja buat shopping pulak. Nanti cukup bulan, tak dapat duit korang.

Contoh:

3 orang ahli bersetuju nak sumbangkan RM 200 setiap bulan. 
Berdasarkan undian;
Penerima Bulan Pertama - KM
Penerima Bulan Kedua - AJ
Penerima Bulan Ketiga - HM

Semua ahli kena bagi duit kepada bendahari. Cukup bulan pertama, semua duit  untuk bulan pertama tu perlu diberi kepada penerima bulan pertama. Penerima bulan petama - KM, dia akan dpaat RM 600. Dan begitulah seterusnya.

Untunglah orang terakhir yang dapat duit kutu. Tak payah pening kepala bayar lagi. Haha.

Misi Duit Kutu The Terungs ni "hot-hot chicken shit" je lah kot. Kita tunggu je lah mak ayam bersuara nanti. Daaaa.


TIPS: Tukar Tayar Kereta

Seperti biasa, hujung minggu di penuhi dengan aktiviti bersama. Sama ada melepak, membuang masa, membuang tenaga, membuang duit, membuang lemak atau apa sahaja. Kisah paling tragis hujung minggu lepas adalah - tayar kereta KM pancit. 

20 minit sebelum kejadian - Keluar dari pawagam menuju ke tempat parking kereta
AJ: Keli, tayar kerate you macam tak ada angin. Tak isi angin tayar ke?
Keli: Dah lama tak isi

Teruskan perjalana, Keli hantar AJ dan HM ke rumah. AJ baru nak landing. KM telifon dan bagitau tayar kereta pancit. AJ & HM pergi ke tempat kejadian. Nampak KM tengah pacang jack kat kereta. Sekali dia tersalah pasang, terbengkok sikit skirting kereta. Tak apa, bukak balik.

Cara Buka tayar kereta. Sangat mudah.

1. Pasang jack untuk naikkan tayar supaya mudah cabut, Pastikan jack tayar diletakkan bahagian dalan yang agak kukuh supaya selaga bumper dah skirting kereta tu tak bengkok

2. Cabut 4 nat pada tayar. 

3. Naikkan jack lebih tinggi untuk cabut tayar. Cuba tarik tayar perlahan-lahan. Nampaknya, KM & HM tarik tayar sampai bergiyang kereta, tayar melekat terikat lagi. 

4. Buat muka kesian, ada abang motor tolong cabut tayar kereta

5. Pasang tayar spare, turunkan jack dan pasang nat. Pastikan ketat. Takut tercabut tayar, satu hal pulak nka kejar tayar.

6. Pastikan pergi kedai tayar dan tukat tayar baru. Sekian.

Pertama kali menukar tanyar tengah malam di dalam gelap gelita. Sekian.