Thursday, 10 December 2015

TIPS: Temuduga Dengan Bank Negara Malaysia (BNM)

      Hi semua! Kali ni giliran HM pula update post. HM nak kongsi pengalaman pergi temuduga di BNM pagi tadi untuk jawatan Human Resource Officer yang HM applied di Jobstreet 2 minggu lepas. HM agak terkejut sebab applicant yang applied terlalu ramai untuk jawatan tu, lebih kurang 1000++ tapi HM antara 10 orang yang disenarai pendek. Seriously macam tak percaya yg HM dapat interview dengan BNM. *Bertuahnya aku!*

            Awal pagi lagi lebih kurang pukul 9.00 HM dah terpacak depan Sasana Kijang which is bangunan baru di bawah seliann BNM. Ia merupakan tempat latihan untuk pegawai BNM. Tempat ini sangat cantik. Pejabat diorang memang tiptop. Sampai saja HM kat sana, terus pergi kaunter pendaftaran di lobi bangunan. Sebenarnya, ada 3 orang lagi calon yang datang untuk temuduga sama sesi dengan HM hari ni. Semua ada pengalaman dan tiptop.

           Interview kali ni ada 2 peringkat. Peringkat pertama adalah skill assessment. Soalan yang HM dapat ialah 'Credit card is more to a trend than need. Discuss'. lebih kurang macam tu la. Panjang karangan pula hendaklah 150 patah perkataan. HM tulis apa yang ingat sajo. Haha! sebab tak prepare pula untuk assessment macam ni.

            Peringkat seterusnya pula adalah temuduga face to face oleh 3 orang panel dari BNM. Macam-macam soalan diorang. Tanya pasal career goal, pengalaman kerja terakhir, cabaran dalam hidup dan banyak lagi. HM jawab yang termampu sajo. Haha! Kalau tak silap, sesi interview tu abis dalam pukul 11 pagi. Sesi temuduga macam mudah tapi susah juga nak agak sebenarnya. HM hanya redha dan serahkan pada Allah S.W.T. Dia yang tahu mana yang baik & buruk untuk HM.HM hanya buat yang terbaik dan termampu.
Sekian..

sajo = saja 
tiptop = hebat
applied = mohon
prepare  = sedia
face to face = bersemuka / berhadapan
career goal = matlamat kerjaya
skill assessment = penilaian kemahiran