Tuesday, 8 December 2015

MISI: Main Kutu / Duit Kutu

The Terungs ada misi hujung tahun + tahun baru. Tapi AJ tak pastilah bila nak mula misi Main "Kutu" ni. Ini idea gempak KM. Tapi dapat gaji, haram sunyi sepi. haha. 

Duit Kutu / Main Kutu ni sebenarnya salah satu cara untuk saving untuk kaki shopping dan kuat belanja macam kami. 


Peraturan main kutu:

1. Kumpul ahli yang nak main kutu
2. Tetapkan jumlah duit yang anda nak labur dan mampu bayar setiap bulan
3. Untuk menampakkan permainan ni adail, kena undi. Undi untuk tentukan siapa yang akan dapat duit dulu atau kemudian
4. Seorang ahli kena jadi pengiris bedar simpan duit tu, Jangan dia pegi belanja buat shopping pulak. Nanti cukup bulan, tak dapat duit korang.

Contoh:

3 orang ahli bersetuju nak sumbangkan RM 200 setiap bulan. 
Berdasarkan undian;
Penerima Bulan Pertama - KM
Penerima Bulan Kedua - AJ
Penerima Bulan Ketiga - HM

Semua ahli kena bagi duit kepada bendahari. Cukup bulan pertama, semua duit  untuk bulan pertama tu perlu diberi kepada penerima bulan pertama. Penerima bulan petama - KM, dia akan dpaat RM 600. Dan begitulah seterusnya.

Untunglah orang terakhir yang dapat duit kutu. Tak payah pening kepala bayar lagi. Haha.

Misi Duit Kutu The Terungs ni "hot-hot chicken shit" je lah kot. Kita tunggu je lah mak ayam bersuara nanti. Daaaa.